Jumat, 04 November 2011
general
Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan
Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang
menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya
adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja,
keluarga, keputusan , masa depan, dll. Tekanan adalah fizikal serta
mental.
Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan,
kematian
orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau
dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan
atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka.
Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik
menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan,
metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk
membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap
sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa
bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada
kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan
emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan
yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan
hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu
memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan
anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.
Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit
tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk
mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai
yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap
tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda.
Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan
tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu
keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk
menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan
masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak
buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap
diri anda.
Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya - sikap .
kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan
keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu
melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana
anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu
pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang?
Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya.
Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri,
anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda
akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan,
anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta
merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada
satu “motivatorâ€dengan memandang sesuatu keadaan secara
positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan
dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada
pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan
dalam jiwa kita.
Senaman pernafasan. Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk
mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan
menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara
perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung
secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan
menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang
efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah
berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan
positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai
satu tabiat haraian.
Tafakur (Meditation).
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda
menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan.
Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa.
Stiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas
minit untuk
bertafakur.
Penggambaran. Penggambaran atau visualization membantu anda
membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi
sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan
baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan
anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang
sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh
menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung
dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita.
Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang
professional bagi membantu anda.
Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot
anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga
minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu
anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
Muzik. Terapi uzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka
yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai
boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan
minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan
denganya setiap hari.
Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan
menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut
keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpast juga kerja yang
tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan
telefon dan yang memebazirkan masa anda. Mebelanjakan masa yang lebih
bagi membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai
aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer
sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada
pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau
lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan
gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah,
menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah
kita).
********************************************************************************************
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar